Tuesday, January 13, 2009

My FuTuRe PlAnNiNg

gambar : kawasan penternakan itik telur dan ayam saya sekarang ini.....kawasan paya bakau.

PeNtErNaKaN ItIk TeLuR

Penternakan itik telur ini memerlukan kawasan yang mempunyai takungan air dan lebih sesuai jika kawasan itu adalah kawasan berpaya, aliran air yang sempurna, sungai dan sebagainya.Itik telur ini memerlukan air yang mencukupi, pemberian makanan yang teratur dan seimbang serta kawasan penternakan yang sistematik dan strategik.

sekarang ini saya membantu ibu saya menternak di belakang rumah saya.Kuantiti itik telur saya sekarang di anggarkan kira-kira 200 ekor. Saya ingin memperbesarkan penternakan saya ini dengan target saya dalam 500-1000 ekor itik telur suatu hari nanti.

Kuantiti baka seekor itik telur sekarang di anggarkan dalam rm3.80 seekor. Bagi 500 ekor itik telur, saya memerlukan modal untuk baka itik ini dalam rm1900. Makanan itik telur juga perlu di titikberatkan terutamanya jenis dan kualiti makanan itik telur itu. Di bawah ini saya rangkakan bajet saya untuk penternakan itik telur saya dalam kuantiti 500 ekor.

Kuantiti Baka Itik Telur = 500 ekor = rm1900.00
Makanan Itik Telur - Dedak = 9 beg guni/270kg seminggu = rm 400.00
- jagung kasar = 3 beg guni/80kg seminggu = rm 108.00

Total kos di anggarkan dalam = rm2408.00/kasar


Jadual Pemberian Makanan :-
  • Waktu pagi antara jam 7@8 pagi
  • Waktu tengah hari antara jam 12@1 tgh/hari
  • Waktu petang antara jam 5@6 petang
Itik telur ini memerlukan air yang mencukupi, tidak sepenuhnya bergantung pada air sedia ada contohnya air sungai dan sebagainya tapi itik telur ini memerlukan takungan air serta pengaliran air yang teratur. Ini bagi mengelak dari kekurangan bekalan air dan perlu menyediakan takungan air yang mencukupi.

Tempoh itik telur ini bertelur dalam jangka masa 6 bulan untuk mendapatkan hasil. Penjagaannya tidaklah serumit yang di sangkakan jika kawasan, makanan yang mencukupi dan teratur, pengaliran air yang sempurna akan memperoleh hasil yang bermutu serta berkualiti tinggi.

Selepas memperoleh hasil yang di jangkakan, boleh memberi kepuasan dan keuntungan yan memuaskan.


PlAnNiNg NuMbEr OnE